Webinar Berkala Bahasa Inggeris Edisi 6
25 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 24 Januari 2026, seorang pelajar telah menyertai Webinar Kidventure yang bertajuk Pelan Perniagaan Mini 2. Webinar ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada golongan muda mengenai asas perancangan perniagaan secara sistematik dan praktikal. Program ini menyasarkan pelajar sekolah yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan atau memulakan perniagaan kecil.
Sepanjang webinar, para peserta didedahkan kepada elemen penting dalam penyediaan pelan perniagaan mini, termasuk penjanaan idea perniagaan, analisis pasaran, sasaran pelanggan, anggaran kos serta strategi pemasaran yang sesuai dengan trend digital masa kini. Penyampaian yang interaktif dan mudah difahami membantu peserta memahami konsep perniagaan dengan lebih jelas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: